Masalah Free Gift & Pakej Murah? Masalah Free Gift & Pakej Murah?
Tidak lama dulu heboh di media sosial facebook dengan kisah pasangan pengantin yang mendapat album perkahwinan ‘indah khabar dari rupa’. Sebagai jurugambar perkahwinan saya tidak... Masalah Free Gift & Pakej Murah?

Tidak lama dulu heboh di media sosial facebook dengan kisah pasangan pengantin yang mendapat album perkahwinan ‘indah khabar dari rupa’. Sebagai jurugambar perkahwinan saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak kerana bagi saya kedua-dua pihak pengantin dan jurugambar masing-masing mempunyai salah dan silap mereka sendiri. Tetapi, isu yang telah menjadi viral ini boleh dielakkan jika kedua-dua pihak mengambil langkah yang rasional. Berikut adalah panduan yang boleh saya senaraikan untuk kebaikan kepada bakal-bakal pengantin di luar sana dan juga untuk iktibar kepada semua jurugambar perkahwinan.

TERIMA HAKIKAT ‘FREE GIFT’
Benda percuma (free album, free outdoor, free frame) adalah perkara tambahan yang diberi oleh jurugambar kepada pengantin dan ia juga adalah salah satu ‘ayat marketing’ untuk menarik pelanggan. Ada kalanya kos benda percuma ini sudah pun diserap ke dalam kos pakej fotografi jurugambar tersebut.

Sebagai contoh “PAKEJ FOTOGRAFI RM2000 PERCUMA OUTDOOR & 2 BINGKAI GAMBAR”. Kos untuk 2 bingkai gambar ini sudah pun diserap dalam harga pakej RM2000 tersebut. Kebiasaannya untuk ‘free gift’ ini jurugambar sudah tetapkan terma dan syarat dari segi jenis, kualiti ataupun saiz. Pelanggan tiada hak meminta ‘free gift’ lain dari yang telah ditawarkan, atau dengan kata lain pelanggan tidak boleh ‘demand’.

[Kepada pelanggan] Merujuk kepada album percuma yang tidak ‘sempurna’ yang diberikan oleh jurugambar dalam isu tersebut, sebenarnya pelanggan itu tiada hak untuk men‘viral’kannya di media sosial. Pertama kerana ianya adalah ‘free gift’ dan yang kedua kerana ianya boleh diselesaikan secara ‘offline’. Tak perlu bising-bising dan melibatkan pihak lain.

[Kepada jurugambar] Walaupun album tersebut adalah free gift dan pelanggan perlu menerima seadanya, tetapi dari segi etika perniagaan, jurugambar tersebut sepatutnya menyedari dahulu yang album itu ada masalah dari segi percetakan. Jurugambar patut membuat ‘quality check’ ke atas album yang telah siap dan jangan bersikap “kalau pelanggan bising baru nak tukar”. Jika kena pada pelanggan yang tak kisah mungkin jurugambar tersebut akan selamat tapi jika terkena pada pelanggannya yang ‘panas baran’ memang inilah akibatnya.

BERHATI-HATI DENGAN PAKEJ MURAH
Pakej fotografi di Malaysia dan seluruh dunia amnya mengalami masalah yang sama dari segi ‘market price’ yang semakin hari semakin rendah. Ini disebabkan oleh lambakan jurugambar-jurugambar baru yang melihat fotografi perkahwinan sebagai peluang mendapat ‘side-income’ ataupun sebagai kerjaya baru. Bagaimana pun ini bukan salah jurugambar semata-mata, tekanan ekonomi dan kesempitan hidup menyebabkan ramai yang mengambil peluang keemasan ini. Ianya tidak salah malah digalakkan, tetapi yang menjadi salahnya adalah memberi harga perkhidmatan atau harga pakej yang luar biasa rendah!

[Kepada jurugambar] Elakkan memberi harga pakej yang tidak masuk akal. RM400-RM500 untuk perkhidmatan fotografi ‘shoot-n-burn’ masih lagi boleh diterima tetapi bila pelanggan mendapat ALBUM PERCUMA dengan harga tersebut sebenarnya ia mengundang masalah kepada jurugambar. Untuk menghasilkan album yang paling ‘simple’ pun kadang-kadang mengambil masa 2-3 jam paling minimum untuk kerja-kerja editing, dan ini adalah KOS kepada jurugambar. Harga untuk mencetak album yang paling biasa sekurang-kurangnya RM100 atau lebih dan ini juga KOS kepada jurugambar. Itu belum dikira lagi kos-kos lain (lebih panjang jika nak dihuraikan). Bila isu ‘pengantin bising’ sebegini terjadi, jurugambar juga yang menanggung KOS, dan kosnya adalah nama baik perniagaan jurugambar tersebut tercemar.

[Kepada pelanggan] Pelanggan mungkin tiada info berkenaan ‘market price’ untuk sesuatu perkhidmatan fotografi itu. Tetapi saya yakin yang pengantin tersebut telah membuat ‘survey’ untuk perkhidmatan fotografi yang mereka perlukan. Dari survey ini pengantin akan menerima pelbagai jenis harga pakej dari yang tinggi kepadalah yang paling rendah dan ini adalah normal. Tetapi pernahkah pelanggan bertanya kepada diri mereka sendiri kenapa ada jurugambar meletakkan harga pakej RM3000 dan kenapa ada jurugambar yang senang-senang menawarkan pakej pada harga RM300? Murah bukan bermakna tidak bagus tetapi pengantin mestilah tahu risiko-risiko yang bakal dihadapi dengan pakej murah ini. Buat pilihan yang terbaik dari segi kualiti dan harga. Majlis anda hanya sekali dan yang kekal sebagai memori adalah fotografi, bukan solekan mahukan pelamin anda. Anda haruslah meletakkan nilai fotografi perkahwinan sebagai keutamaan semasa membuat perancangan majlis.

Perniagaan fotografi perkahwinan bukanlah bidang yang jurugambar boleh buat ‘test market’. Ianya melibatkan kepercayaan pelanggan yang tinggi kerana jurugambar merakamkan memori yang hanya berlaku sekali seumur hidup. Jika perniagaan lain seperti menjual makanan atau pakaian mungkin anda boleh test market dan jika tidak menjadi anda hanya kerugian modal awal.

Tetapi dalam fotografi perkahwinan anda melibatkan sesuatu yang amat bermakna bagi pelanggan anda. Anda bukan sahaja rugi dari segi pelaburan peralatan kamera malah anda juga rugi dari segi kegagalan menjalankan tanggungjawab untuk merakamkan detik bersejarah bagi pasangan pengantin.

Anda boleh test-market dengan cara lain sebenarnya. Anda boleh bermula dengan ‘tag-along’ atau menjadi ‘2nd photographer’ dalam tempoh yang agak lama atau setelah anda berasa yakin dengan kebolehan serta kemampuan anda. Rajin bertanya dan menimba ilmu dengan jurugambar-jurugambar berpengalaman juga disarankan. Semua ini tidak akan berlaku sehari atau seminggu atau sebulan selepas anda membeli kamera dslr, ianya berlaku berbulan-bulan malah mungkin bertahun.

Ditulis oleh:
Azizan Aziz (pengasas EbookFotografi)
www.azizanaziz.com | www.gambarkahwinpenang.com 

No comments so far.

Be first to leave comment below.

Your email address will not be published. Required fields are marked *