GAMBAR RAW TIDAK CANTIK? GAMBAR RAW TIDAK CANTIK?

GRTC1

Antara perkara pertama yang mungkin dialami oleh jurugambar yang baru mengenali raw editing adalah, mengapa gambar raw tidak secantik gambar JPEG (dari kamera) bila dibuka dalam Adobe Camera Raw (ACR) atau LightRoom (LR)? Memang diakui sebenarnya gambar RAW yang dibuka dalam ACR atau LR kebanyakan akan nampak gelap (underexposed) sedikit. Mengapa ini terjadi?

grtc2

Gambar (A): Imej RAW yang dibuka dalam ACR menggunakan default setting
Gambar (B): Imej JPEG dari kamera 

Perlulah difahamkan di sini, gambar RAW yang anda lihat sebenarnya adalah gambar yang tidak ‘disentuh’ langsung oleh apa-apa perisian editing. ACR hanya meletakkan default setting (setting yang asas dan sama untuk semua gambar) supaya imej RAW yang dibuka itu boleh dilihat di dalam komputer. Untuk melihat imej RAW yang sebenar-benarnya, sila lihat siri NOTA saya yang bertajuk “MARI FAHAM APAKAH SEBENARNYA IMEJ RAW” dan anda akan dapati imej RAW ini sebenarnya lebih teruk dari apa yang anda lihat dalam ACR.

https://www.facebook.com/notes/azizan-abul-aziz/mari-faham-apakah-sebenarnya-imej-raw/10151045176586350

Manakala gambar jpeg yang anda lihat di LCD kamera anda adalah gambar RAW yang telah di’edit’ oleh built-in raw converter di dalam kamera dan telah ditukar kepada format JPEG. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘edit’ di sini? Proses editing yang berlaku di dalam kamera adalah proses-proses asas seperti demosaicing, proses white balance (WB), tafsiran warna (colorimetic interpretation), pembetulan gamma, noise reduction, antialising dan sharpening. Dari sinilah wujudnya fahaman ‘gambar JPEG lebih cantik dari gambar RAW’.

Langkah seterusnya, jika anda sememangnya seorang yang menggemari editing raw, adalah dengan mengubah ‘gambar RAW yang tidak cantik’ ini, kepada gambar yang setanding dengan JPEG tadi atau pun mungkin lebih cantik lagi, bergantung kepada berapa lama masa yang anda ingin peruntukkan untuk sesuatu gambar.

TEKNIK PRESET
Melalui teknik ini, anda menggunakan preset yang telah sedia ada. Preset ini hanyalah ‘setting’ yang telah anda simpan untuk edit sesuatu jenis gambar itu. Katakanlah untuk gambar jenis portrait, anda mempunyai setting yang khas, gambar landscape pula setting yang berlainan dan seterusnya. Jadi dengan menggunakan preset atau setting khas ini anda dapat menjimatkan masa anda. Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa lain gambar lain settingnya, dan dengan menggunakan setting yang sama ke atas gambar-gambar yang berlainan tidak akan menghasilkan gambar yang cantik setiap masa.

Berikut adalah gambar RAW tadi dengan menggunakan preset ‘Landscape’ yang boleh anda cipta sendiri. Masa yang diambil hanyalah beberapa saat sahaja. Perhatikan perbezaan gambar ini dengan gambar asal JPEG dari kamera.

grtc3

TEKNIK MANUAL
Anda juga boleh menggunakan teknik manual sepenuhnya atau gabungan teknik preset dan manual. Teknik manual (atau gabungan kedua-duanya) boleh menghasilkan gambar yang lebih menarik mengikut citarasa anda. Setelah melakukan beberapa proses manual selama tidak lebih dari 10 minit, hasilnya adalah seperti di bawah dan sememangnya anda boleh menghasilkan gambar yang jauh lebih menarik bergantung kepada jenis teknik dan berapa lama masa yang diambil untuk editing.

gtrc4
Gambar di atas menggunakan proses tambahan seperti adjustment  brush dan graduated filter.

grtc5x

[fbshare]

Ditulis oleh:
Azizan Aziz (pengasas www.ebookfotografi.com)
www.azizanaziz.com | www.romantis-studio.com | www.pixfood.com

LINK-VIDEO

[one_third][video_lightbox_youtube video_id=”pnALbL8B6Qg&rel=0″ width=”640″ height=”480″ anchor=”http://ebookfotografi.com/wp-content/uploads/2013/04/PLAY-TAPS.jpg”][/one_third] [one_third][video_lightbox_youtube video_id=”qStpfNTFRlM&rel=0″ width=”640″ height=”480″ anchor=”http://ebookfotografi.com/wp-content/uploads/2013/04/PLAY-IPOH.jpg”][/one_third] [one_third_last][video_lightbox_youtube video_id=”7GWxF9zCVGQ&rel=0″ width=”640″ height=”480″ anchor=”http://ebookfotografi.com/wp-content/uploads/2013/04/PLAY-RUMAH.jpg”][/one_third_last]

 

biodata

Klik di sini untuk facebook Azizan Abul Aziz atau sini untuk Fan Page
Untuk pertanyaan / soalan sila hubungi: 016-4102520 / admin@ebookfotografi.com

No comments so far.

Be first to leave comment below.

Your email address will not be published. Required fields are marked *