Boleh dikatakan semua lens ada lens hood. Tapi fahamkah kita semua kegunaan lens hood ini? Perlu atau tidak lens hood dan apa kesannya ke... Info Lens Hood Yang Ramai Jurugambar Tidak Tahu





Boleh dikatakan semua lens ada lens hood. Tapi fahamkah kita semua kegunaan lens hood ini? Perlu atau tidak lens hood dan apa kesannya ke atas gambar yang anda ambil? Jom tonton video ini!

Kegunaan lens hood sebenarnya adalah untuk melindungi permukaan hadapan lens anda. Ramai jurugambar meletakkan UV filter sebagai langkah utama untuk menjaga bahagian hadapan lens. Walau bagaimana pun dalam situasi tertentu, bahagian hadapan lens masih terdedah kepada risiko-risiko lain. Risiko yang pertama adalah lens anda mudah terlanggar dengan objek-objek lain ketika anda menggalas kamera. Objek-objek seperti kerusi, bucu meja dan perabot biasanya boleh merosakkan lens apabila terlanggar dengan impak yang kuat.

No comments so far.

Be first to leave comment below.

Your email address will not be published. Required fields are marked *