langkah-pertama2

Bagi yang baru memiliki kamera digital DLSR, kerjaya sebagai jurugambar perkahwinan dilihat sebagai salah satu peluang untuk menambah pendapatan secara senang dan cepat, dan ramai juga yang menggunakannya sebagai batu loncatan untuk menjadikan fotografi sebagai kerjaya utama. Kenapa? Ini adalah kerana kemudahan digital membolehkan kita melihat gambar-gambar yang diambil dengan serta merta dan memperbaiki kesilapan secara ‘on-the-spot’. Kemudahan mendapat customer juga dilihat sebagai faktor yang menyumbang kepada perkembangan industri ini. Tetapi tahukah anda, untuk menjadi jurugambar perkahwinan anda sebenarnya perlu tahu lebih dari sekadar apa itu aperture dan apa itu shutter speed?

Di sini saya senaraikan langkah-langkah yang boleh anda ambil sebelum menjadi jurugambar perkahwinan (dan tidak merosakkan gambar-gambar perkahwinan orang lain  yang selalunya dialami hanya sekali seumur hidup)

MENGHADIRI KELAS, BENGKEL ATAU KURSUS
Sekurang-kurangnya hadir satu sesi latihan, kelas, workshop mengenai asas kamera / editing  jika anda baru memiliki kamera beberapa bulan. Jika dirasakan anda sudah tahu segalanya, hadir saja ke kelas-kelas ini untuk memastikan apa yang anda tahu itu adalah benar dan tidak sebaliknya.

langkah-pertama3
© Hakcipta gambar Azizan Aziz

BERTANYA KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LEBIH ARIF
Jika anda tidak mampu hadir ke kelas, dampingi orang-orang yang sudah mahir dalam bidang fotografi di sekeliling anda. Tanya beberapa banyak soalan yang anda inginkan TETAPI pastikan anda cari dahulu jawapan tersebut di dalam buku manual kamera anda jika ada. Jika tiada yang dapat menjawab barulah di tanya di forum-forum fotografi.

LAKUKAN TAG-ALONG SELAMA BEBERAPA KALI
Untuk yang sudah mahir menggunakan kamera (dari segi teknikal), untuk berkecimpung dalam fotografi perkahwinan anda bolehlah bermula dengan mengikut jurugambar perkahwinan lain atau ‘tag-along’ (TA).

langkah-pertama1
© Hakcipta gambar Azizan Aziz

Pastikan sekurang-kurangnya anda melalui 4-5 sesi TA (lagi banyak lagi bagus) dan kalau boleh dengan jurugambar-jurugambar yang berlainan. Setelah melalui sesi TA ini anda pilih seorang atau dua jurugambar yang anda rasakan anda senang dengan cara mereka bekerja dan mungkin sesuai dengan style atau konsep yang anda ingin bawa nanti.

Untuk sesi-sesi TA seterusnya, dalami teknik dan ‘trick’ yang jurugambar-jurugambar pilihan anda ini lakukan. Perhatikan cara mereka bekerja, cara mencari angle, cara mengambil gambar moment, cara berkomunikasi dengan pengantin, sikap jurugambar tersebut dan sebagainya.

Jika berkesempatan, minta pandangan atau pun ‘photo critics’ dari mereka. Pastikan juga anda menjaga tatasusila dan etika semasa TA.

[fbshare]

Ditulis oleh:
Azizan Aziz (pengasas www.ebookfotografi.com)
www.azizanaziz.com | www.romantis-studio.com | www.pixfood.com

 

 

LINE-KLIK

[one_fourth]thumb-PLFP[/one_fourth] [one_fourth]thumb-TACA[/one_fourth] [one_fourth]thumb-TAPP[/one_fourth] [one_fourth_last]PEJP[/one_fourth_last]

LINK-VIDEO

[one_third][video_lightbox_youtube video_id=”pnALbL8B6Qg&rel=0″ width=”640″ height=”480″ anchor=”http://ebookfotografi.com/wp-content/uploads/2013/04/PLAY-TAPS.jpg”][/one_third] [one_third][video_lightbox_youtube video_id=”7GWxF9zCVGQ&rel=0″ width=”640″ height=”480″ anchor=”http://ebookfotografi.com/wp-content/uploads/2013/04/PLAY-RUMAH.jpg”][/one_third] [one_third_last][video_lightbox_youtube video_id=”apeiWzTVy9Q&rel=0″ width=”640″ height=”480″ anchor=”http://ebookfotografi.com/wp-content/uploads/2013/04/PLAY-MB.jpg”][/one_third_last]

 

biodata

Klik di sini untuk facebook Azizan Abul Aziz atau sini untuk Fan Page
Untuk pertanyaan / soalan sila hubungi: 016-4102520 / admin@ebookfotografi.com

Your email address will not be published. Required fields are marked *