PERALATAN STROBIST: BOWENS FLASH ADAPTOR

blok-OSREx

PERALATANSTROBIST1

Apabila menggunakan flash, salah satu masalah yang dihadapi oleh kebanyakan penggemar strobist adalah penggunaan softbox, octabox, beauty dish dan sebagainya pada flash atau speedlight. Boleh dikatakan kesemua softbox dan light modifiers yang terdapat di pasaran adalah khusus untuk lampu-lampu studio (studio strobe). Ini adalah kerana lampu studio menggunakan mount yang direka khas untuk digunakan pada speedring di softbox dan light modifiers yang tertentu sahaja.

Speedring dan Mount
Speedring adalah bahagian pengatara antara softbox dan lampu studio.  Lampu studio yang berjenama A mungkin mempunyai mount yang berbeza dari speedring di softbox jenama B. Di sini bermaksud anda tidak boleh menggunakan lampu studio A dengan softbox B disebabkan tidak sama mount dan speedringnya.

PERALATANSTROBIST2x
©Hakcipta gambar Azizan Aziz

Jadi bagaimana anda hendak menggunakan flash pada softbox/octabox ini? Di pasaran sekarang terdapat mini-softbox yang dicipta khas untuk flash, dan dikenali dengan nama Ezybox. Alat ini boleh dikatakan antara softbox yang paling sesuai dan senang digunakan dengan flash. Tetapi terdapat kekurangan di sini. Anda tidak boleh menggunakan softbox yang lain untuk flash anda, kerana sistem ini didatangkan khas dengan adaptornya sendiri. Penggunaan anda hanya dihadkan kepada sumber cahaya yang bersaiz 60cm x 60cm sahaja (ketika arikel ini ditulis) dan anda tidak boleh menggunakan ligh modifier yang lebih besar untuk mendapatkan cahaya yang lebih lembut.

Flash Adaptor
Penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menggunakan Flash Adaptor. Flash adaptor membolehkan anda mengunakan flash / speedlight yang sedia ada dengan mana-mana softbox ataupun light modifier yang lain. Bowens Flash Adaptor adalah antara yang terkenal kerana mountnya adalah untuk speedring softbox dari jenama Bowens.

PERALATANSTROBIST3

Softbox yang menggunakan jenis speedring dari Bowens ini boleh dikatakan banyak terdapat di pasaran, terutama sekali softbox yang datang dari negara China. Dengan Bowens Flash Adaptor ini anda bebas menggunakan apa saja saiz softbox yang dirasakan perlu untuk teknik pencahayaan anda.

JIMATRM130

 

Kuasas Flash dan Saiz Softbox
Walau bagaimanapun, saiz softbox yang boleh digunakan akan dihadkan oleh kuasa (power) flash anda. Flash dengan kuasa yang rendah (GN yang rendah) tidak berapa sesuai digunakan dengan light modifier yang terlalu besar seperti Octabox yang berukuran melebihi 160cm ke atas. Ini bermaksud cahaya yang keluar dari flash tersebut tidak cukup kuat untuk disebarkan didalam softbox/light modifier tersebut.

PERALATANSTROBIST4

Tetapi pencahayaan portret yang dilakukan selalunya menggunakan peralatan softbox yang tidak terlalu besar saiznya (bergantung kepada jenis dan kesan pencahayaan yang diperlukan). Saiz softbox seperti 2′x4′, 3′x4′, 4′x4′ dan sebagainya octabox yang bersaiz 90cm -120cm (35″-40″)  selalunya digunakan sebagai main light untuk pencahayaan portret di dalam studio.

PERALATANSTROBIST5

Jadi penggunaan flash dengan kekuatan GN30 (meters, iso 100, 35mm) dan ke atas sudah memadai untuk tujuan pencahayaan sebegini. Di sini jelas bahawa anda tidak semestinya memiliki set-set lampu studio yang canggih dan mahal untuk memulakan atau memahirkan diri dalam bidang pencahayaan. Mulakan dengan flash yang anda ada, samada yang original atau dari third-party dan dapatkan beberapa kelengkapan yang pencahayaan lain seperti light stand (rm60-rm80), softbox/octabox (rm150-rm350), trigger (rm100-rm200), flash adaptor (rm60-rm80) dan anda sudah pun boleh meneroka satu lagi bidang fotografi yang amat luas aplikasinya!

[fbshare]

Ditulis oleh:
Azizan Aziz (pengasas www.ebookfotografi.com)
www.azizanaziz.com | www.romantis-studio.com | www.pixfood.com

 

 

LINE-KLIK

[one_fifth]thumb-TAPS[/one_fifth]
[one_fifth]thumb-TOES[/one_fifth]

[one_fifth]thumb-OSRE[/one_fifth]

[one_fifth]thumb-pltp[/one_fifth]
[one_fifth_last]thumb-MB3[/one_fifth_last]

LINK-VIDEO

[one_third_last][/one_third_last]

 

biodata

Klik di sini untuk facebook Azizan Abul Aziz atau sini untuk Fan Page
Untuk pertanyaan / soalan sila hubungi: (sms/whatsapp) 016-4102520 / email: admin@ebookfotografi.com