PANDUAN & TATATERTIB TAG-ALONG JURUGAMBAR PERKAHWINAN PART 1 PANDUAN & TATATERTIB TAG-ALONG JURUGAMBAR PERKAHWINAN PART 1
‘Tag-along’ atau secara ringkasnya TA adalah proses di mana seseorang jurugambar menyertai jurugambar lain (selalunya jurugambar rasmi) dalam tugasan-tugasan penggambaran tertentu. Budaya TA ini... PANDUAN & TATATERTIB TAG-ALONG JURUGAMBAR PERKAHWINAN PART 1

‘Tag-along’ atau secara ringkasnya TA adalah proses di mana seseorang jurugambar menyertai jurugambar lain (selalunya jurugambar rasmi) dalam tugasan-tugasan penggambaran tertentu. Budaya TA ini paling popular dalam bidang fotografi perkahwinan kerana peluang yang terbuka luas dan senang diperolehi. Walaupun begitu masih ramai yang tidak memahami erti dan tujuan sebenar proses TA ini. Tidak dinafikan beberapa etika atau tatatertib mesti dipatuhi jika anda ingin menjadikankan ia sebagai salah satu alat pembelajaran yang berkesan.

MENGAPA PERLU ‘TAG-ALONG’ ?
1) TA sebagai peluang pembelajaran tidak rasmi.
Jurugambar baru boleh menggunakan peluang TA ini sebagai salah satu cara pembelajaran tidak rasmi yang tidak memerlukan belanja yang tinggi. Jika menghadiri kelas dan seminar memerlukan ratusan mungkin ribuan ringgit, pembejaran melalui TA selalunya hanya melibatkan kos pengangkutan ke tempat majlis sahaja. Disamping masa yang fleksibel, anda juga boleh memilih mana-mana jurugambar (jika diberi kebenaran) untuk menjadi ‘tagger’.

2) TA sebagai peluang untuk memantapkan kemahiran dan mencuba benda baru.
Jurugambar lama boleh menggunakan peluang TA ini untuk mencuba teknik-teknik atau konsep baru yang mungkin tidak berkesempatan di lakukan semasa melakukan tugasan sendiri. Melalui TA, jurugambar ‘tagger’ tidak terikat dengan shots tertentu untuk majlis dan ini memberi kebebasan kepada tagger untuk menghasilkan apa saja gambar yang difikirkan sesuai.

PERKARA-PERKARA YANG MESTI DI PATUHI SEMASA ‘TAG-ALONG’

3) Perkenalkan diri anda.
Perkenalkan diri anda sebagai pembantu atau jurugambar bersama (co-photographer) kepada jurugambar rasmi (OP) supaya pelanggan / pengantin tahu kehadiran anda. Perkara ini sepatutnya dilakukan oleh OP terlebih dahulu. Kegagalan memperkenalkan diri mungkin menyebabkan pihak pengantin atau keluarga mereka tertanya-tanya akan kehadiran anda dan ini boleh menimbulkan keraguan dan sebagainya.

4) Hormati pelanggan OP dan juga majlis mereka.
Hormat pelanggan OP sebagaimana anda menghormati pelanggan anda sendiri. Jika berlaku sesuatu yang tidak dingini (salah faham dan sebagainya) sila dapatkan OP secepat mungkin. Tindakan anda membuat keputusan sendiri mungkin boleh memburukkan lagi keadaan.

5) Hormati / beri keutamaan kepada OP.
Dalam masa mengambil gambar-gambar moment tertentu atau mencari angle yang terbaik, keutamaan mestilah diberikan kepada OP. Walaupun kadangkala anda mungkin merasakan tidak mahu melepaskan peluang keemasan mendapat ‘shot of the day’ tetapi perlu diingatkan bahawa OP lebih dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas, bukannya anda.

Ditulis oleh:
Azizan Aziz (pengasas EbookFotografi)
www.azizanaziz.com | www.gambarkahwinpenang.com 

No comments so far.

Be first to leave comment below.

Your email address will not be published. Required fields are marked *