PANDUAN & TATATERTIB TAG-ALONG JURUGAMBAR PERKAHWINAN PART 2 PANDUAN & TATATERTIB TAG-ALONG JURUGAMBAR PERKAHWINAN PART 2
‘Tag-along’ atau secara ringkasnya TA adalah proses di mana seseorang jurugambar menyertai jurugambar lain (selalunya jurugambar rasmi) dalam tugasan-tugasan penggambaran tertentu. Budaya TA ini... PANDUAN & TATATERTIB TAG-ALONG JURUGAMBAR PERKAHWINAN PART 2





‘Tag-along’ atau secara ringkasnya TA adalah proses di mana seseorang jurugambar menyertai jurugambar lain (selalunya jurugambar rasmi) dalam tugasan-tugasan penggambaran tertentu. Budaya TA ini paling popular dalam bidang fotografi perkahwinan kerana peluang yang terbuka luas dan senang diperolehi. Walaupun begitu masih ramai yang tidak memahami erti dan tujuan sebenar proses TA ini. Tidak dinafikan beberapa etika atau tatatertib mesti dipatuhi jika anda ingin menjadikankan ia sebagai salah satu alat pembelajaran yang berkesan.

6) Bertanya kepada OP jika ada terma dan syarat (T&C)
Sesetengah OP mengenakan terma dan syarat kepada jurugambar-jurugambar yang ingin menyertai TA, seperti tidak boleh merokok semasa majlis, tidak berpakaian yang mempunyai nama / logo syarikat sendiri, hakcipata ke atas gambar-gambar yang diambil dan sebagainya.Jika OP tidak menetapkan apa-apa T&C, maklumkan kepada OP mengenai perancangan anda seperti pakaian apa yang akan dipakai semasa tugasan dan di mana anda akan gunakan gambar- gambar yang telah diambil (website, sebagai portfolio dan sebagainya).

7) Bertanya kepada OP jika majlis tersebut mempunyai special requirement
Pastikan anda membuat persediaan yang sepatutnya jika majlis mempunya kod pakaian tertentu dan protokol-protokol yang mesti dipatuhi.

8) Promosikan syarikat OP jika perlu
Disinilah terletaknya budi bicara anda sebagai ‘tagger’ kepada seseorang OP. Seperti yang dimaklumkan, TA adalah peluang untuk anda belajar secara ‘live’ ataupun secara ‘hands-on practical’ bagaimana seseorang jurugambar itu mengendalikan sesuatu majlis perkahwinan. Jadi, mempromosikan syarikat OP merupakan salah satu cara untuk anda membalas budi OP yang memberi sedikit ilmu dan peluang untuk anda belajar. Walaupun ini bukan satu kemestian, tetapi untuk jangka masa panjang anda sebenarnya mengukuhkan ikatan persahabatan dengan jurugambar-jurugambar yang lain. Walaupun kadang-kala OP tidak meminta anda mempromosikan syarikat mereka, tidak pula bermakna anda boleh memberi kad perniagaan (business card) atau mempromosikan syarikat anda sendiri semasa majlis. Perbuatan ini dilihat sebagai tidak sesuai kerana anda sebenarnya berada di majlis yang dikendalikan oleh OP, bukannya anda. Dengan mempromosikan syarikat sendiri, anda juga sebenarnya mengelirukan tetamu yang datang kerana mereka mungkin suka dengan gaya, penampilan atau hasil dari OP tetapi disebabkan mereka mendapat kad perniagaan dari anda, mereka mungkin akan menganggap OP adalah dari syarikat yang sama. Masalah akan timbul jika pelanggan menghubungi anda dan bukan jurugambar rasmi untuk bertanya tentang pakej.

9) Beri gambar-gambar yang anda ambil kepada OP
Walaupun ini juga bukan satu kemestian, tetapi ia adalah salah satu cara untuk anda mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada OP. Walaupun kadang-kala OP selalunya tidak memerlukan gambar anda (kecuali di dalam keadaan tertentu), dengan memberi gambar-gambar ini anda sebenarnya membuka peluang untuk menunjukkan bakat anda dalam bidang fotografi perkahwinan (jika anda jurugambar baru) kepada OP dan mungkin berpeluang dilantik sebagai jurugambar kedua atau pembantu berbayar untuk majlis-majlis akan datang. Dengan memberi gambar-gambar ini juga anda boleh meminta OP untuk memberi sedikit komen dan pandangan (photo critics) ke atas hasil kerja anda

10) Tidak membuat pembatalan di saat-saat akhir
Pembatalan disaat-saat akhir tidak digalakkan (kecuali atas situasi-situasi yang tidak dapat dielakkan) kerana ia akan menyusahkan OP, yang mungkin sudah membuat tempahan meja makan dengan pihak pengantin, atau OP mungkin sudah mengatur sesuatu tugasan untuk anda semasa majlis berlangsung dan sebagainya. Pastikan jadual anda betul-betul dikosongkan untuk sesi TA ini kerana jika sekali anda membuat pembatalan di saat-saat akhir atau tanpa alasan yang kukuh, peluang anda untuk TA dengan jurugambar yang sama adalah tipis di masa akan datang.

Ditulis oleh:
Azizan Aziz (pengasas EbookFotografi)
www.azizanaziz.com | www.gambarkahwinpenang.com 

No comments so far.

Be first to leave comment below.

Your email address will not be published. Required fields are marked *