Tips Fotografi: Teknik Untuk Dapat Kesan 3D Melalui Pencahayaan Tips Fotografi: Teknik Untuk Dapat Kesan 3D Melalui Pencahayaan
Bulatan A dan B adalah bulatan 2 dimensi (2D) yang sama dari segi saiz, bentuk dan rupa. Tetapi mengapa Bulatan B kelihatan lebih mononjol... Tips Fotografi: Teknik Untuk Dapat Kesan 3D Melalui Pencahayaan

Bulatan A dan B adalah bulatan 2 dimensi (2D) yang sama dari segi saiz, bentuk dan rupa. Tetapi mengapa Bulatan B kelihatan lebih mononjol dan nampak seperti 3 dimensi (3D)?

Ini adalah kerana wujudnya kawasan shadow, highlight dan midtone pada Bulatan B yang tiada pada Bulatan A. Perkara-perkara inilah yang mewujudkan kesan atau sifat 3D pada sesuatu subjek dalam sesuatu gambar itu.

Sekeping gambar atau imej yang diambil dari kamera adalah bersifat 2 dimensi di mana imej hanya wujud di atas permukaan kertas (atau skrin) yang hanya mempunyai lebar dan panjang, dan tiada kedalaman (depth).

Tugas jurugambar adalah mewujudkan ketiga-tiga sifar shadow, highlight dan midtone ini dalam gambar. Tetapi bagaimanakah caranya untuk mewujudkan ketiga-tiga ciri ini dalam gambar?




Gabungan pencahayaan & editing adalah resepi terbaik untuk menghasilkan gambar dengan kesan 3D ini. Pencahayaan yang sesuai untuk tujuan ini adalah jenis Pencahayaan 4-point di mana terdapat 2 side-light, main-light dan 1 fill-light. Set-up pencahayaan 4-point ini ada ditunjukkan di pada gambarajah di bawah:

Side-light: Berada di sisi kiri dan kanan subjek dan agak ke belakang (45 darjah dari tepi subjek). Terdiri dari flash sahaja ataupun flash di dalam softbox.

Main-light: Flash di dalam softbox atau octabox dengan kedudukan 45 darjah di atas dan di hadapan subjek.

Fill-light: Flash di dalam softbox, octabox atau payung dengan posisinya di hadapan  subjek dan di belakang kamera.

Pencahayaan 4-point adalah diibaratkan seperti ‘melukis dengan cahaya’ (painting with light) kerana setiap sumber cahaya (side-light, main-light dan fill-light) memberikan kesan cahaya tertentu pada subjek. Kesan cahaya inilah yang membentuk kepelbagaian tona pada subjek dan akhirnya imej 3D akan terhasil.

Gambar yang terhasil dari pencahayaan 4-point ini adalah seperti di bawah. Sifat-sifat shadow, midtone dan highlight yang terhasil dari pencahayaan tadi di edit menggunakan TEKNIK EDITING PORTRAITOR untuk menguatkan lagi kesan 3D ke atas gambar.

Ditulis oleh:
Azizan Aziz (pengasas EbookFotografi)
www.azizanaziz.com | www.gambarkahwinpenang.com 

 

No comments so far.

Be first to leave comment below.

Your email address will not be published. Required fields are marked *