8 TINDAKAN PENGANTIN YANG MEMENINGKAN JURUGAMBAR PART 1 8 TINDAKAN PENGANTIN YANG MEMENINGKAN JURUGAMBAR PART 1
Sesungguhnya kerjaya sebagai jurugambar perkahwinan adalah amat mencabar. Selain dari berusaha untuk mendapatkan gambar dan moment terbaik, jurugambar perkahwinan juga terpaksa berhadapan dengan karenah... 8 TINDAKAN PENGANTIN YANG MEMENINGKAN JURUGAMBAR PART 1

Sesungguhnya kerjaya sebagai jurugambar perkahwinan adalah amat mencabar. Selain dari berusaha untuk mendapatkan gambar dan moment terbaik, jurugambar perkahwinan juga terpaksa berhadapan dengan karenah pengantin yang pelbagai. Berikut adalah antara perkara-perkara yang memeningkan bagi kebanyakan jurugambar.

1) MINTA TIRU HASIL KERJA JURUGAMBAR LAIN
Biasanya bakal pengantin akan buat survey terlebih dahulu untuk jurugambar yang mereka minat. Tetapi jika jurugambar yang mereka minat ini tiada kekosongan slot atau mengenakan harga pakej diluar kemampuan, mereka akan mencari jalan alternatif iaitu meminta jurugambar lain meniru hasil kerja (cara shooting dan/atau editing) jurugambar yang mereka minat tadi. Lebih menyedihkan lagi ada jurugambar yang sanggup menerima tempahan ini kerana tidak mahu terlepas ‘job’. Perbuatan ini berisiko kerana jurugambar tersebut mungkin tidak mampu menghasilkan gambar seperti yang dijanjikan dan ini akan mengakibatkan perbalahan di kedua-dua pihak pengantin dan jurugambar. Kepada bakal pengantin, elakkan sama sekali meminta perkara sebegini kepada jurugambar perkahwinan kerana ia akan merugikan anda dikemudian hari. Kepada jurugambar, pastikan pengantin memilih anda atas kemampuan anda menghasil karya yang tersendiri, dan bukannya kemampuan anda meniru jurugambar lain.

2) MINTA DISKAUN UNTUK PAKEJ PROMO
Dalam pakej promo, jurugambar akan memberi potongan harga dari pakej yang sedia ada ataupun memberi free gift tanpa membuat sebarang penambahan harga. Diskaun tambahan memberi kesan kepada jurugambar dari segi kos yang terpaksa ditanggung yang mana kos ini tidak berubah samada pakej itu pakej biasa atau promo.  Pakej promo selalunya terhad kepada beberapa pasang pengantin sahaja jadi jurugambar sepatutnya tidak melayan kehendak pengantin yang inginkan diskaun tambahan ini. Pihak pengantinlah yang sepatutnya merebut peluang keemasan ini.

3) MENEMPAH RAMAI JURUGAMBAR DARI DUA ATAU LEBIH SYARIKAT FOTOGRAFI
Ada juga bakal pengantin yang suka menempah ramai jurugambar, dengan alasan tidak mahu terlepas ‘moments’ ketika majlis. Kebiasaannya sesebuah syarikat fotografi menghantar seorang atau 2 orang jurugambar untuk sesuatu tugasan, bergantung kepada pakej yang diambil. Bayangkan jika terdapat 2 syarikat fotografi dalam sesuatu majlis dan jumlah jurugambar mungkin mencecah 3-4 orang. Ini belum termasuk ‘taggers’ lagi yang kebiasaannya di bawa oleh OP (official photographer) untuk tujuan-tujuan tertentu dan ini boleh mencecah sehingga 4-6 jurugambar dalam sesuatu majlis. Untuk pengetahuan para pengantin, terlalu ramai jurugambar di dalam majlis juga tidak digalakkan kerana jurugambar susah untuk bekerja, dicampur lagi dengan tetamu yang ramai bersama dengan kamera handphone mereka.

4) TERLALU CEREWET MENGENAI PENAMPILAN DIRI DALAM GAMBAR
Pengantin begini selalunya hanya suka gambar-gambar mereka dalam keadaan tertentu sahaja seperti gambar dalam keadaan sentiasa senyum sahaja, diambil dari sisi tertentu sahaja, tidak suka gambar yang kandid dan pastikan mereka bersedia sahaja baru gambar boleh diambil. Ini akan menjadi masalah kepada jurugambar kerana mereka tidak mendapat kebebasan untuk mendapatkan moments terbaik semasa majlis, dan terikat kepada gambar-gambar yang pengantin suka sahaja.

Ditulis oleh:
Azizan Aziz (pengasas EbookFotografi)
www.azizanaziz.com | www.gambarkahwinpenang.com 

No comments so far.

Be first to leave comment below.

Your email address will not be published. Required fields are marked *