8 TINDAKAN PENGANTIN YANG MEMENINGKAN JURUGAMBAR PART 2 8 TINDAKAN PENGANTIN YANG MEMENINGKAN JURUGAMBAR PART 2
Sesungguhnya kerjaya sebagai jurugambar perkahwinan adalah amat mencabar. Selain dari berusaha untuk mendapatkan gambar dan moment terbaik, jurugambar perkahwinan juga terpaksa berhadapan dengan karenah... 8 TINDAKAN PENGANTIN YANG MEMENINGKAN JURUGAMBAR PART 2

Sesungguhnya kerjaya sebagai jurugambar perkahwinan adalah amat mencabar. Selain dari berusaha untuk mendapatkan gambar dan moment terbaik, jurugambar perkahwinan juga terpaksa berhadapan dengan karenah pengantin yang pelbagai. Berikut adalah antara perkara-perkara yang memeningkan bagi kebanyakan jurugambar.

5) TIDAK DATANG AMBIL ALBUM PERKAHWINAN YANG TELAH SIAP
Kebiasaannya ini terjadi kepada pengantin yang selalu meminta jurugambar mempercepatkan atau menyiapkan album mereka terlebih dahulu tetapi bila album sudah siap, mereka berdiam diri dan tidak datang mengambil album. Ada juga keadaan di mana jurugambar itu sendiri melambatkan proses menyiapkan album. Dalam situasi ini adalah wajar pihak pengantin meminta jurugambar supaya mempercepatkannya.

6) TIDAK SENYUM ATAU CERIA SEMASA MAJLIS
Ada beberapa sebab mengapa ini boleh berlaku. Pertama mungkin ada sesuatu perkara berlaku sebelum atau semasa majlis yang menyebabkan emosi atau ‘mood’ pengantin terganggu. Kedua, mungkin kerana pengantin berasa gementar atau pun mempunyai darah gemuruh bila berada di atas pelamin. Sebagai jurugambar anda mestilah memaklumkan situasi ini kepada pengantin (atau wakil kepada pengantin) supaya nanti mereka tidak bertanya kepada anda “Kenapa gambar-gambar saya tak ada yang senyum?” atau “Kenapa gambar-gambar saya tak nampak happy?” Sekurang-kurangnya bila anda maklumkan kepada pengantin, mereka boleh perbaiki situasi tersebut, atau paling tidak pun mereka menerima hakikat yang gambar-gambar mereka tidak seceria seperti yang dijangkakan.

7) ASYIK MELAYAN KAWAN-KAWAN YANG TERLALU RAMAI DI MAJLIS
Ini menimbulkan masalah kepada jurugambar dari segi pengurusan masa di mana ia akan memberi kesan kepada sesi penggambaran yang akan dijalankan. Kebiasaannya jurugambar sudah pun mengatur masa-masa tertentu untuk pose di pelamin, di bilik pengantin (jika majlis di rumah), potret keluarga, sesi outdoor dan sebagainya. Kesemua ini boleh dielakkan jika pengantin mengurus masa dengan baik semasa majlis dan memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang penting terlebih dahulu. Walau bagaimana pun jika ini yang pengantin mahukan (mengutamakan rakan-rakan semasa majlis), anda tidak perlu risau dan ambil saja moments yang ada ketika ini kerana percaya atau tidak, gambar-gambar ketika pengantin bersama rakan-rakan mereka nampak lebih ‘natural’ dan kandid.

8) TIDAK MEMBACA TERMA & SYARAT DENGAN TELITI
Ini boleh memberi kesan jika terdapat sesuatu isu yang berlaku antara pihak pengantin dan jurugambar seperti tempoh pembayaran, panjang tempoh penggambaran semasa majlis, sesi outdoor untuk hari yang sama sahaja, ataupun isu-isu lain yang mungkin timbul semasa atau selepas majlis. Jika pihak pengantin betul-betul membaca dan faham isi kandungan terma dan syarat, banyak masalah dapat dielakkan. Disarankan supaya jurugambar memberitahu buat kali kedua kepada pihak pengantin mengenai terma dan syarat ini SEBELUM hari majlis supaya apa-apa persoalan dapat diselesaikan terlebih dahulu.

Ditulis oleh:
Azizan Aziz (pengasas EbookFotografi)
www.azizanaziz.com | www.gambarkahwinpenang.com 

No comments so far.

Be first to leave comment below.

Your email address will not be published. Required fields are marked *