Gambar ‘blur’ atau kabur adalah salah satu masalah besar dalam fotografi. Terdapat banyak sebab mengapa gambar yang kita ambil boleh jadi blur. Antara sebab-sebabnya... 6 Sebab Mengapa Gambar ‘Blur’ dan Tips Untuk Dapat Gambar ‘Sharp’

Gambar ‘blur’ atau kabur adalah salah satu masalah besar dalam fotografi. Terdapat banyak sebab mengapa gambar yang kita ambil boleh jadi blur. Antara sebab-sebabnya adalah seperti di bawah:

Kamera bergegar (camera shake)
Penggunaan shutter speed yang terlalu rendah dan kamera yang tidak stabil boleh menghasilkan gambar blur.

Motion blur
Pergerakan subjek yang terlalu pantas juga boleh menghasilkan gambar blur. Ini juga berkait rapat dengan shutter speed yang digunakan.

Missed focus
Masalah ini disebabkan oleh teknik fokus yang tidak betul oleh jurugambar itu sendiri.

Sistem fokus pada kamera
Masalah ini boleh menyebabkan lens anda ‘back focus’ ataupun ‘front focus’ dan boleh diselesaikan melalui Lens Calibration.

Kualiti udara
Mungkin ini tidak kritikal tetapi kadang kala kualiti udara yang tidak elok (jerebu dan sebagainya) boleh memberi kesan kepada keupayaan sistem fokus kamera anda.

Kualiti cahaya
Cahaya yang ‘soft’ (lembut) seperti hari yang mendung dan sebagainya boleh menghasilkan gambar yang kurang ‘sharp’. Walau bagaimana pun ianya tidak terlalu ketara pada gambar anda.

Teruskan menonton video di atas untuk melihat langkah-langkah ataupun tips untuk menghasilkan gambar yang jelas.

 

 

“Walaupun fotografi perkahwinan itu mudah tapi ramai jurugambar yang tidak mampu bertahan lama disebabkan kurangnya ilmu asas dan juga ilmu-ilmu lain yang penting untuk menjadi jurugambar perkahwinan yang berjaya. Salah-satunya adalah ilmu untuk mendapatkan gambar-gambar ‘moments’ dan bagaimana untuk menghasilkan komposisi yang padu. Klik sini untuk maklumat selanjutnya”

No comments so far.

Be first to leave comment below.

Your email address will not be published. Required fields are marked *