Perkara yang paling ditakuti oleh jurugambar adalah kad memori corrupted selepas sesuatu tugasan shooting. Tiada punca yang kukuh mengapa perkara ini boleh terjadi. Pelbagai... Cara Nak Elak Memori Kad Corrupted

Perkara yang paling ditakuti oleh jurugambar adalah kad memori corrupted selepas sesuatu tugasan shooting. Tiada punca yang kukuh mengapa perkara ini boleh terjadi. Pelbagai faktor boleh menyebabkan kad memori corrupted antaranya adalah dengan mengeluarkan kad semasa ianya masih lagi membaca (read) ataupun menulis (write) pada kad tersebut.

Semakin canggih kamera yang anda gunakan semakin tinggi peluang kad tersebut akan rosak jika anda secara tidak sengaja mengeluarkannya semasa ianya sedang ‘read’ atau ‘write’. Selain daripada itu meletakkan kad berdekatan alat-alat ataupun barang-barang yang bermagnet atau berelektromagnetik juga boleh menyebabkan musibah ini terjadi.

Sebagai langkah berjaga-jaga ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan ‘mimpi ngeri’ ini. Jom tengok video tips di atas supaya anda boleh praktikkan selepas ini.

 

 

No comments so far.

Be first to leave comment below.

Your email address will not be published. Required fields are marked *